Perang Al-Fujjar
PEPERANGAN AL-FUJJAR Semasa usia Baginda lima belas tahun, berlaku satu peperangan, terkenal sebagai peperangan al-Fujjar, (peperangan penjahat) kerana jenayah perlanggaran di bulan-bulan haram. Pihak pertama ialah Quraisy dan Kinanah, yang kedua ialah Qais bin Ilan. Tuan agong bagi Quraisy dan Kinanah ialah Harb bin Umaiyah kerana status beliau di kalangan masyarakat, Quraisy di samping faktor umur. Di awal hari kemenangan berpihak kepada Qais namun bila hari beralih ketengah hari Kinanah sudahpun menguasai medan pertempuran, di ceritakan bahwa Rasulullah telah turut serta di dalam peperangan ini, di mana Baginda menyediakan anak-anak panah untuk bapa saudaranya. PERJANJIAN AL-FUDUL Ekoran kepada peperangan al-Fujjar, telah diadakan satu perjanjian di dalam bulan Zulkaedah. Salah satu bulan Haram, padanya dijemput qabilah-qabilah Quraisy seperti Banu Hashim, Abu Abdul Mutalib, Asad bin Abdul al-Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah. Kesemua mereka berlaimpul di kediaman...
Komentar
Posting Komentar